Wednesday 21 December 2011

. . tEntAnG hAti + pERasAaN . .

semalam hari ini dan seterusnya mungkin , tetap hari hari yang bakal aku lalui , tetap pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa aku tempuh dengan tabah . diri ini seringkali memberontak dengan dugaan yang menimpa , menangis tanpa sebab . hanya itu mampu menenangkan perasaan . bahagia yang dirasa hanya sementara . bukan mahu mengungkit cuma kesal dengan apa yang berlaku . mungkin salah diri . yang tidak menghargai kebahagiaan yang hadir sebentar dalam diri . aku cuba melakukan yang terbaik tapi masih terasa kekurangan hadir . ku bersujud memohon ketenangan pada yang maha kuasa . memohon agar diri tidak menangis lagi . hadirkan kebahagiaan hadirkan senyuman seikhlas mungkin . berharap maha esa mendengar luahan hati yang kekesalan . mendekatkan diri pada yang maha esa sebaik mungkin . hanya DIA yang maha mendengar keluh kesah menimpa diriku . saat kebosanan , saat keseorangan hadir kenangan yang telah lama luput dari hidup . terbayang bayang keindahan dan kebahagiaan yang hadir ketika dulu . saat keseorangan , hadir air mata kesedihan . terlalu banyak kenangan yang tidak mampu luput dari ingatan ini . cuba sehabis mungkin untuk bertahan dan bersabar menghadapi dugaan yang maha esa . namun , masih tercalit secebis perasaan pedih yang mendalam . ku belajar untuk memaafkan dan menerima ketentuan hidup walau susah dimata dan dihati . kerana diri ini tahu ALLAH S.W.T sayangkan hambanya yang kerdil ini . sehabis mungkin cuba untuk memberi kesenangan kepada semua . namun masih ada yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan diri . aku redha . yang maha esa menentukan sedemikian jalan hidupku . biar payah biar pelbagai fikiran terpaksa aku tempuh aku tahu engkau ada menemani ku YA ALLAH . jika kebahagiaan buat diri ku sememangnya sementara aku terima aku redha asalkan aku masih mampu menghadapi dugaan ini . biar aku hadapi sendirian selagi aku mampu menangis dengan MU masih mampu meluahkan keperitan hatiku denganMU ... selagi engkau masih sudi mendengar luahan hatiku masih mahu kabulkan doa hambamu yang kerdil  ini . aku rela . aku pasrah . cuma ku berharap suatu saat suatu ketika kebahagiaan yang kekal abadi hadir menemani aku . amin .



No comments:

Post a Comment