Friday 25 November 2011

. . CinTa itU iNdaH. .



JANGAN dinanti pada yang tak sudi ,
JANGAN dirindu pada yang tak mengingati ,
JANGAN kesian dengan orang yang pernah menyakiti ,
JANGAN dikenang pada orang yang telah pergi ,
JANGAN mengharap pada yang tak kasih ,
JANGAN dikesali perkara dah terjadi , ♥
jangan basahkan matanya dengan airmata,
jangan hadiahkan telinganya dengan dusta dan jangan ukir hatinya dengan luka.
Jujurlah dengan perasaanmu sendiri sebelum berjanji untuk jujur kepadanya.♥
Cinta dan kasih sayang yg tulus tidak perlu dibuktikan dengan banyaknya kata-kata , 
tapi akan terlihat dengan satu sikap iaitu kesetiaan
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati".



. .kAwAN atAU lAWaN. .

hye gais tgh wat ape 2??seri0us rindu lar..hehehe *gedik sdaa*
lihat x entry kali nie kwn @ lwn..hehehehehe aku xtuju kat sape2 tau juz nk luah ape yg aku rasa..
s0 hati2 lar dgn kwn2 k0rang semua 2. .
 
 
  • Kawan bila.....dia sentiasa menyokongmu dan menerima kamu seadanya.
  • Lawan bila......kamu berusaha sedaya upaya untuk memenangi hatinya agar dapat menjadi rakannya,smpaikan kamu terpaksa berubah.
  • Kawan bila....dia sentiasa mmberi kamu perangsang dan semangat..
  • Lawan bila...dia sentiasa memperlekehkan kamu.Buat kamu rasa rendah diri.
  • Kawan bila...dia berada di sisi kamu sewaktu susah n senang.Bila sedih, call saja dan dia pasti menenangkan kamu.
  • Lawan bila....dia macam "biskut".Kejap ada...kejap x ada.Hilang bila kamu paling perlukannya.Terpaksalah kamu menangis seorang diri..
  • Kawan bila....kamu berjaya kerananya. Kamu cemerlang dalam akademik,sukan,koku sbb kamu saling mendorong satu sama lain
  • Lawan bila.....kamu sentiasa ditimpa masalah kerananya.Kamu terjebak dalm pengaruh kurang sihat dan macam2 lagilah~!

So..dalam persahabatan..SaY NO TO HIPOKRITO DE AMMOR, X JUJUR, n X IKHLAS..
Sesape yg makan cili..dia yg terasa pedas!




. .20 perkAra MeMbUAt wAnitA tiDAk sUKa PAda LelaKi. . ;)))

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!



Tuesday 22 November 2011

Sometimes I wish you do care for me, and sometimes I don't want to.
Sometimes I wish we will make it as far as we could,
but sometimes I wish we aren't going to.  
Sometimes, I wish we could understand each other and 
sometimes I don't even want to. Sometimes, I laugh and cry because of you, 
but sometimes, I don't even bother much. Sometimes, 
I hope we will expect the best out of each other, but sometimes, 
we break each other down. Sometimes, I wish you to be all mine and I'll be all yours, 
but sometimes I want neither.Those sometimes, they remain unguaranteed, because you and I both know that, nothing of will happen without His Will. Let's just pray, hm? :)

Friday 11 November 2011

. .tO hiM. .

..s0e lar xd0p niat p0m nk wat g2..tp hati ser0w sgt3..
maybe bnda nie xd0p gap0w p0m p tau lar jiw0 sensitif k0t..
xs0h mk lar deh f0kus kew stdy dlu..jaga diri m0lek deh 
seri0us xsew p0m jd ginie p tau lar jiwa teras0 sgt3 pasa td..
(jerik msa tulis bl0g nie)


. .sdey dgn pkcik jht. .:(





 

Thursday 10 November 2011

. .wif hiM. .

hye gais..huhuhuhu weekend nie aku xblik p0m sbb next week daa nk exam..
wahhh tkut nye..p stdy still lg maen2..hehehehe gais tlg doa kan kejayaan aku tau..
mintak2 lulus semua xnk carry paper p0m..nk ckup2 6sem jew kat sini..
gais nk tau s0mtim x??heheheehe cukup lar aku kenal kan dgn pggilan (pkcik jahat)
sbb dye mmg jht bt aku slalu rindu dye..pkcik3 tQ tau sbb ska ik0t ape yg bdk kecik nie nak..
hehehehhehe syg lar kat pkcik..pkcik xpnt kew ik0t kerenah bdk kecik nie?? nk 2 lar nie lar
xpenim kew??6t daa b0san bgtau 0k??nk maj0k sbb nk bg pkcik pjuk..heheheheh
tQ 4 everythim tau pkcik..k lar nk sambung stdy nie gais..jga dri el0k2 n pleazz3 d0a kan kjyaan radiah razali tau..syg u 0ll...
Dunia ini tidak akan mampu menghancurkan kamu, melainkan kamu yang memberinya kebenaran. Dunia ini tidak akan mampu memiliki kamu melainkan kamu memberinya kunci, memberinya hati kamu. Sekiranya itu terjadi, ambil kembali milik kamu. Ini bukan pengakhirannya. Kamu tidak perlu kecewa di dunia ini. Ambil kembali hati kamu, tempatkan ia di tempat yang sepatutnya : Bersama Allah. :) 

. .eRti sBUAh kEhiDUpAn. .

..tak semua yang kita impikan kite dapat dan 
tak semua yang kite ada akan kekal..
sampai masa ia akan pergi dan hilang..
tuhan nak uji kejap jew,jangan terlalu alpa dan bangga
dgn apa yang kite ade sekarang..
dan jangan terlalu berharap pada sesuatu..
bila ia tidak kesampaian hati akan hancur..

..

kepada pembaca aku punya blog..
hargailah insan yang kamu miliki sekarang especially parent kite..
dan jangan terlalu menyerah cinta sepenuh hati pada orang lain..
kelak kau sendiri yang akan kecewa..
kepada dia yang mencari kebahagian..
simpan lah kata2 aku ini even sepatah 
lupakan lah aku kalau itu yang terbaek,hargailah apa yang kamu 
miliki sekarang sayangi lar ia kerana ALLAH..
aku disini hanya mendoakan kebahagiaan kau..