Thursday 15 September 2011

. .FeELiNg. . ;)


assalammualaikum

Kita pernah rasa sayang pada seseorang yang kita baru kenal. Walaupun kita baru sahaja mengenalinya. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa si dia adalah milik kita. Puas dia memberi pelbagai cara untuk lebih dekat dengan kita tetapi banyak alasan juga kita beri. Malah ada yang kadang-kadang sanggup berterus terang tentang perasaan nya kepada kita. Kita bukan manusia yang boleh sewenang-wenang nya menerima individu di dalam hidup kita. Bukan seperti buah yang hanya boleh di petik sesuka hati. Perasaan indah hanya untuk seseorang yang indah. Indah bukan dari paras rupa. Tapi dari segi peribadi nya. Dari segi tutur katanya. Bagaimana kita mahu menjadi dan mempunyai dan memilih individu di dalam hidup kita sedang kan kita sendiri tidak tahu sama ada dia benar milik kita. Tidak kira lah. Sama ada dia adalah individu yang sekrang ini telah lama bertakhta dalam hati kita atau pun baru sahaja menjadi sesuatu dalam hidup kita. Cuba fikir? Yang sudah punya hubungan yang lama juga boleh berpissah inikan yang baru sahaja.
Kalau aku di beri pilihan, aku mahu menunggu apa sahaja yang telah di tentukan oleh ALLAH untuk aku. Kerana, bagi aku segala yang telah di tentukan oleh NYA semuanya terbaik.

No comments:

Post a Comment