Tuesday, 25 September 2012






Assalamualaikum . Aku bersyukur masih bernafas sehingga ke hari ini. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi aku peluang untuk menghirup udara segar di bumi-Mu ini. Setelah banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini, semuanya banyak mengajar aku erti kehidupan. Dunia ini macam permainan,ada kalanya masa kita menang,pasti segalanya menyeronokkan dan apabila tiba masa kita kalah,pastinya sangat memeritkan. Tapi semua itulah realiti kehidupan kita di dunia yang Allah cuma pinjamkan sementara kepada kita. Banyak dosa, salah dan silap yang manusia telah lakukan, termasuklah diriku sendiri. Tetapi setiap manusia pasti diberi peluang kedua untuk berubah. Jadi apabila kita mendapat peluang itu janganlah disia-siakan ia. Mulai harini aku akan belajar untuk menjadi manusia yang lebih kuat. Lepas buat solat hajat,haty aku rasa labih tenang. Alhamdulillah. Ya Allah aku mohon kepadamu untuk terus menguatkan diriku untuk menghadapi segala ujian yang mendatang. :)


"Saya minta maaf pada awak kerana selama perhubungan kita ni,saya pun aa menyakitkan hati awak. Saya sayang awak. Saya harap kita akan terus berkawan. Walaupun tak macam mula2 kita kenal dulu. Apa-apa pun jaga diri and goodluck. Semoga awak mencapai matlamat yang awak nak. Saya takkan lupakan kenangan-kenangan kita. Terima kasih kerana pernah gembirakan saya. =) We will remain as BFF ! <3



No comments:

Post a Comment